CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 27, 2009

Kisah Kita Berdua???


Salam...

Camna nak mula ek...hehhehe....Stat dgn video la.....



speselly dedicated to you, my sis!!!

MABRUK 'ALAIKI FI 'IDUL MILADUKI YA UKHTI MUSTIKA!!!
Moga panjang umurnya, bertambah amalannya, byk zuriatnya (hik..hik..), bertambah rezekinya, bertambah beratnya (oopppss...jgn marah aa...), bertambah pahalanya ..brapa banyak tambah daa...


Hehe....nak nyanyi sendiri, nnt recording company amek jadi artis lak kan..so, saya mintak la jasa baik adik comei ni tlg nyanyi kat akak, import spesel from indonesia tau..

Well, knowing insan namedly Mustika...hmm..camna nak stat?? Stat knl akak dalam bulan posa gak, ujung taun 2005. Tau dak knl akak pasai pa..sbb hp akak rosak sbb jatuh masa nek moto..masa tu ada pikir gak, 'aiissh...cuai gak la akak nih'..hehhe...pastu lama2 knl akak, saya pikir macam nih lak 'akak nih suka mencapap la...' hihi..lawak lak bila pikiaq..

Pastu bila sama2 buat keje dgn akak, baru tau siapa pemilik nama Mustika Mokhtar nih...bukan mencapap, tapi suka kehadapan, outstanding la kalo omputih kata...We have gone through many things rite kak? sedey, suka, masam, manis n pahit, sume kita dah rasa sama2...susah sama2, senang sama2...


sarang haeyo (abadan abada..^_^)

satu benda yg saya takleh lupa, akak bagi surat kat saya. as im such a moody person (those around me know me well enough rite), akak bagi surat, mintak maaf takut saya terasa..ikhlas, nabila..hahha...t'gelak saya baca surat tuh..sbb akak ni sgt la suka nak jaga perasaan org...keibuan gitu...ye ke..hahha.ntah la...

Tak tau la describe camna, tapi for me, it's hard to find another Mustika as u r beautiful the way u r (sure aini marah sbb tak penah kata dia cantek..hahhah...)
Tq kak for everything u had done for me. My greatest TQ for letting me be one of warga in Faculty of Engineering. Here, i learn alot, n improved a lot (even bi tunggang langgang, at least i'm much more confident wat..)

I wish all the best for u...a lot of love from me...jgn nakai2 tau...hik..hik..hik...


adikMu dunia wal akhirah
-LemonGrass-
Environmental Lab
Faculty of Engineering

Monday, August 24, 2009

Tree by Amir and House by Linus Chong...



Salam....

Selamat menhayati bulan Ramadhan yang penuh barokah...alhamdulillah, manage to develop few things yang mmg dah lama hajat nak buat. Tapi bila masuk bulan Ramadhan ni, rasa makin kuat lak..alhamdulillah...

Skrg kat lab, still waiting for my experiment to finish up. Got few times to surf through tenet, manage to know what happen around me, current condition in few 'hot spot', and also seen current release video under 15 Malaysia projek...

Manage to see all those 4 short film, tapi yg betul2 attract my attention are Tree (special appearance by TGNA;he's not the main factor, the contains which attract me ) and latest, House by Linus Chong (dunno who this apek is, but his work is GOOOd...)

Tree for me is a simple things, but carry a very deep meaning. Betui la, all creatures bley amik advantages from 1 single pokok. If we plant 1, it gives benefits to a lot...so, tanamla pokok ye...




The second one actually remind me of my childhood..but i'm bless than that boys as i have a stable (alhamdulillah until now ) family (financially n in terms of relationship ). But we share same feeling. masa kecik dolu, penah gak 'diperlekehkan' sbb bila cikgu tanya ' Kamu semua bila besaq nak nek keta pa?'...org len sume jwb ferrari la, merc (x reti eja..huhu..) la, bmw la....mai kat aku 'Saya nak keta kancil cikgu'..kamu ni biaq betoi...aku pon buat muka dek ja..then 2nd question ' Rumah impian kamu rumah apa?'...Banglo..semiD, rumah tepi pantai..mai kat aku ' Saya nak Rumah teres cikgu'...'aik, takkan rumah teres ja, kamu nak tighih (tiris a.k.a bocor) tiap2 hari?'...aku pon diam lagik...




Bagi aku itulah gambaran jujur seorg budak tentang apa yang dia nampak tentang kehidupan. Mungkin kita tak penah bersyukur pon tentang apa yg kita ada sekarang ni. Cuba bayangkan budak tu, bagi dia dream house dia adalah rumah pinkynya (yg buruk di mata org) sbb rumah tu ayah dia yang bina. Rumah tu jugak la bagi dia kasih sayang slama ni..when we are dreaming of our dreamhouse, they are struggling to pretend their house. Adakah kasih sayang dinilai dgn besaqnya sesebuah rumah tu?

Kalo nak elaborate, byk gila nnt..aku maybe b'ceramah sama b'kenaan dgn parental institution..complicated..tapi tu la, tazkirah ramadhan utk hari ni, ' Nikmat yang kecik macam mana pon, kita kna syukuri as we are more bless than other people out there...

Ok la...out dolu...Tingkatkan amalan, banyakkan tadarus dan qiam..
Moga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak kita ke arah menjadi hambaNYA yang benar2 beriman...

Wallahu'alam...

-LemonGrass-
Environmental Lab
Faculty of Engineering

Monday, August 3, 2009

Solat dan Perubahan Tenaga


Salam...

Sekadar sedikit perkongsian..bacalah.....


Setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Perubahan warna alam adalah sesuatu yang biasa bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi

Pada waktu Subuh alam berada dlm spektrum biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan komunikasi. Org yg kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat, akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum (bgn drpd tidur). Itulah rahsia kita diperintahkan solat diawal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan mendapat tenaga yg tidak optimum lagi.



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) n then warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pd waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pd waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan jika tidur pd waktu ini - tubuh tidak dapat menyerap tenaga yg amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, tenaga pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Amat malang sekali bagi org Islam yg amat cuai menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi, yoga n seumpamanya...


Wallahu'alam....

p/s: article taken from 1 of emel i got..



-LemonGrass-

Environmental Lab

Faculty of Engineering