CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 27, 2009

Kisah Kita Berdua???


Salam...

Camna nak mula ek...hehhehe....Stat dgn video la.....



speselly dedicated to you, my sis!!!

MABRUK 'ALAIKI FI 'IDUL MILADUKI YA UKHTI MUSTIKA!!!
Moga panjang umurnya, bertambah amalannya, byk zuriatnya (hik..hik..), bertambah rezekinya, bertambah beratnya (oopppss...jgn marah aa...), bertambah pahalanya ..brapa banyak tambah daa...


Hehe....nak nyanyi sendiri, nnt recording company amek jadi artis lak kan..so, saya mintak la jasa baik adik comei ni tlg nyanyi kat akak, import spesel from indonesia tau..

Well, knowing insan namedly Mustika...hmm..camna nak stat?? Stat knl akak dalam bulan posa gak, ujung taun 2005. Tau dak knl akak pasai pa..sbb hp akak rosak sbb jatuh masa nek moto..masa tu ada pikir gak, 'aiissh...cuai gak la akak nih'..hehhe...pastu lama2 knl akak, saya pikir macam nih lak 'akak nih suka mencapap la...' hihi..lawak lak bila pikiaq..

Pastu bila sama2 buat keje dgn akak, baru tau siapa pemilik nama Mustika Mokhtar nih...bukan mencapap, tapi suka kehadapan, outstanding la kalo omputih kata...We have gone through many things rite kak? sedey, suka, masam, manis n pahit, sume kita dah rasa sama2...susah sama2, senang sama2...


sarang haeyo (abadan abada..^_^)

satu benda yg saya takleh lupa, akak bagi surat kat saya. as im such a moody person (those around me know me well enough rite), akak bagi surat, mintak maaf takut saya terasa..ikhlas, nabila..hahha...t'gelak saya baca surat tuh..sbb akak ni sgt la suka nak jaga perasaan org...keibuan gitu...ye ke..hahha.ntah la...

Tak tau la describe camna, tapi for me, it's hard to find another Mustika as u r beautiful the way u r (sure aini marah sbb tak penah kata dia cantek..hahhah...)
Tq kak for everything u had done for me. My greatest TQ for letting me be one of warga in Faculty of Engineering. Here, i learn alot, n improved a lot (even bi tunggang langgang, at least i'm much more confident wat..)

I wish all the best for u...a lot of love from me...jgn nakai2 tau...hik..hik..hik...


adikMu dunia wal akhirah
-LemonGrass-
Environmental Lab
Faculty of Engineering

Monday, August 24, 2009

Tree by Amir and House by Linus Chong...



Salam....

Selamat menhayati bulan Ramadhan yang penuh barokah...alhamdulillah, manage to develop few things yang mmg dah lama hajat nak buat. Tapi bila masuk bulan Ramadhan ni, rasa makin kuat lak..alhamdulillah...

Skrg kat lab, still waiting for my experiment to finish up. Got few times to surf through tenet, manage to know what happen around me, current condition in few 'hot spot', and also seen current release video under 15 Malaysia projek...

Manage to see all those 4 short film, tapi yg betul2 attract my attention are Tree (special appearance by TGNA;he's not the main factor, the contains which attract me ) and latest, House by Linus Chong (dunno who this apek is, but his work is GOOOd...)

Tree for me is a simple things, but carry a very deep meaning. Betui la, all creatures bley amik advantages from 1 single pokok. If we plant 1, it gives benefits to a lot...so, tanamla pokok ye...




The second one actually remind me of my childhood..but i'm bless than that boys as i have a stable (alhamdulillah until now ) family (financially n in terms of relationship ). But we share same feeling. masa kecik dolu, penah gak 'diperlekehkan' sbb bila cikgu tanya ' Kamu semua bila besaq nak nek keta pa?'...org len sume jwb ferrari la, merc (x reti eja..huhu..) la, bmw la....mai kat aku 'Saya nak keta kancil cikgu'..kamu ni biaq betoi...aku pon buat muka dek ja..then 2nd question ' Rumah impian kamu rumah apa?'...Banglo..semiD, rumah tepi pantai..mai kat aku ' Saya nak Rumah teres cikgu'...'aik, takkan rumah teres ja, kamu nak tighih (tiris a.k.a bocor) tiap2 hari?'...aku pon diam lagik...




Bagi aku itulah gambaran jujur seorg budak tentang apa yang dia nampak tentang kehidupan. Mungkin kita tak penah bersyukur pon tentang apa yg kita ada sekarang ni. Cuba bayangkan budak tu, bagi dia dream house dia adalah rumah pinkynya (yg buruk di mata org) sbb rumah tu ayah dia yang bina. Rumah tu jugak la bagi dia kasih sayang slama ni..when we are dreaming of our dreamhouse, they are struggling to pretend their house. Adakah kasih sayang dinilai dgn besaqnya sesebuah rumah tu?

Kalo nak elaborate, byk gila nnt..aku maybe b'ceramah sama b'kenaan dgn parental institution..complicated..tapi tu la, tazkirah ramadhan utk hari ni, ' Nikmat yang kecik macam mana pon, kita kna syukuri as we are more bless than other people out there...

Ok la...out dolu...Tingkatkan amalan, banyakkan tadarus dan qiam..
Moga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak kita ke arah menjadi hambaNYA yang benar2 beriman...

Wallahu'alam...

-LemonGrass-
Environmental Lab
Faculty of Engineering

Monday, August 3, 2009

Solat dan Perubahan Tenaga


Salam...

Sekadar sedikit perkongsian..bacalah.....


Setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Perubahan warna alam adalah sesuatu yang biasa bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi

Pada waktu Subuh alam berada dlm spektrum biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan komunikasi. Org yg kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat, akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum (bgn drpd tidur). Itulah rahsia kita diperintahkan solat diawal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan mendapat tenaga yg tidak optimum lagi.



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) n then warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pd waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pd waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan jika tidur pd waktu ini - tubuh tidak dapat menyerap tenaga yg amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, tenaga pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Amat malang sekali bagi org Islam yg amat cuai menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi, yoga n seumpamanya...


Wallahu'alam....

p/s: article taken from 1 of emel i got..



-LemonGrass-

Environmental Lab

Faculty of Engineering

Thursday, July 30, 2009

Nota Hati Seorang LELAKI...



sALAM....

Masih kat lab, tgh buat experiment..tiap kali bukak tenet, mesti bukak blog, n tgk jer blog yg makin bersawang sbb dah lama tak update nih...
Ketandusan idea utk menulis..mungkin kerana dah lama tak membaca kot..
teruk..teruk..teruk....

But today, manage to finish reading one book which feel so close to my heart.."Nota Hati Seorg LELAKI", by Ust Pahrol Mohd Juoi..

~like the cover of da book..nice latar belakang~


Ya...people yg dah terbiasa dgn buku2 karangan beliau pasti takkan berfikir 2 kali utk membelinya dan for those yg tak pernah ada chance utk membaca karyanya, give ur self that chances..no regret...i bet!

It is sort of some nota, actually nota2..nota2 kehidupan, sbg anak, suami, ayah n daie..but not totally so lelaki la, sbb most of the contains taught us of what life n living is all about...

Really feel near, one story made me cry, one made me smile..others made me so ashame of myself..for not being a good slave n servant n lovers to ALLAH..

Pendek kata, sume citer mmg best!!!

Jgn lupa baca tau, tp lagi baik kalo dapat bli..
hehhe..RM20 ja, saham akhirat....


saya tinggalkan anda dgn iklan hasil buah tangan allahyarhamah Yasmin Ahmad...Moga Allah mengampunkan segala dosa2nya.....Amin..



Wassalam...

-LemonGrass_
Environmental Lab
Faculty of Engineering


Thursday, July 16, 2009

Bila Kita IKHLAS......


~mungkin amalan yg sekecil butir2 embun pagi dinilai IKHLAS pada pandangan ALLAH..~


Salam...

Alhamdulillah, today punya lab, finish quite early la..so, having enough time to do some surfing on the internet...

Saja nak share pasai ikhlas..Hari isnin lps, kna bagi tazkirah after solat maghrib, bertempat di BSK. Tajuknya sbnrnya 'PENGORBANAN'...Alih2 hot topicnya ialah keikhlasan..

Antara yg hangat dibincang dan ditazkirah serta diusrahkan ialah how r we to know either we r IKHLAS enough on wat we do? Kuar la macam2 pendapatan n persoalan..." kalo kita masa nak p program ikhlas..alih2 masa tgh program dh tak ikhlas, camna?".."ikhlas ni nak kira pada pengakhiran atau pada awalan atau pertengahan?"...."kalo kita tak mau buat,tapi kita buat jugak sbb rasa kna buat, ikhlas tak?"...

Well, kita sbnrnya pon tak tau apakah kita ikhlas dalam amalan yg kita buat. Dalam hal ni, ALLAH saja yg tau...teringat crita K.Basit, ada sorg sahabat yg tak penah tolak kalo org suh dia buat keja, dari sekecik2 benda, sampai sebesaq2 benda (huhu..diri ini kdg2 suka ngelat..). Bila ditanya, pasai pa asai org bagi keja, tak penah tolak, dia kata sbb dia tak tau amalan dia yg mana satu ALLAH trima..betui..betui..betui..

Disini, inginlah diri ini menge'share' satu pengalaman diri yg tak seberapa..Tak ramai yg tau, betapa SAYANGNYA KEKASIHKU YANG ABADI pada diriku yg slalu lupa diri..ALLAH slalu bayaq cash kalo kami buat salah n slalu bagi kami buat praktikal lps kami lps menyampaikan atau dapat satu ilmu..subhanallah...

Kisahnya begini......

Lps ja kami berbincang berkenaan dgn ikhlas, i'm trying to make sure that every step i take every morning, i made myself clear like this.."moga keluarnya aku bagi menunaikan amanahku, menjadi satu ibadah yg akan menambahkan sahamku di akhirat"...pastu aku pon meluncur "lembuku' laju seperti biasa (sbb takut thumbprint lambat)..Dgn takdir ALLAH, hari itu, kerjaku dipermudahkan. Aku nak kerja byk, DIA bagi..perut rasa lapaq, DIA murahkan rezeki, sampai aku takyah nak makan tghari, roti canai la, dunkin donut la...hari ni, dapat lagi makan free, puan RO lak blanja, duit juai toner..

Tu la, betapa pentingnya niat n ikhlas...ALLAH akan mudahkan hari2 yg kita lalui..tiap pagi bangun, jgn lupa ucapankan syukur sbb DIA masih hidupkan kita saat ini, moga bangkitnya kita, akan menjadi satu peluang utk kita melakukan ibadah yg setrusnya...

Igt lagi, masa kerja dgn puan RO, itulah yg kami rasa..Letih,penat tapi puas..mungkin sbb kami rasa kerja yg kami buat setimpal dgn gaji yg dibayar, amanah berjaya dilaksanakan dgn sempurna (even slalu pecahkan brg..hehe..) dan rasa utk membantu puan RO menyudahkan phD nya sgt kuat...hmm...beberapa hari awal keja dgn en. asri, benda tu la yg kami tak berjaya cari..mungkin sbb tu kami tak enjoy...

alhamdulillah, skrg dah dapat trima..dah pasakkan dalam minda, ni tanggungjawab n bila kita memudahkan kerja org, ALLAH akan tlg memudahkan kerja kita...Bila kita cuba ikhlaskan diri dalam tiap apa yang kita buat, ALLAH akan nilai kita dgn sebaik2 penilaian..mungkin bukan di dunia, tapi utk pelaburan kita di akhirat..

Ikhlaskan diri tau dalam apa yg kita nak buat..tak larat macam mana pon, kalo kita tlg org, ALLAH akan bagi ganjaran dalam bentuk yg terbaik utk kita...

Ok la...takat tu ja kot...dah dekat kul 5.30 pm..perut pon dah lapaq balik sbb td makan mee sup ja..heheh...

Wallahu'alam...

LemonGrass
Biochem Lab
Faculty of Engineering...

Sunday, July 12, 2009

TUHANKU MAHA BEST!!!



sALAM...

Jam menunjukkan angka 1:46 pm, waktu malaysia (budget dok obersee lak..hehhe..). Masih menunggu experiment yg blum habes..so, sambil2 ni, mau posting sesuatu...

Smlm, hari yg agak panas. Mengikut kata2 Dr Shafreeza yg ajaq subjek 'air pollution engineering', dalam setaun, masa bulan Julai n Dis, kita akan rasa paling panas...Tapi panas yg kami rasa bukan sbb fenomena alam, tapi fenomena manusiawi...

Seriusly, mmg penat la nak melayan perangai manusia keliling kita yg tak penah nak paham...skrg sbnrnya cuba nak apply this prinsip ' tRY TO UNDERSTAND TO BE UNDERSTOOD'..walaupon slama idup kat dunia ni, mmg itulah prinsip yg slalu cuba diamalkan, tak taula pasai pa, bila besaq ni, paham lbh ckt pasai prinsip tuh..tapi ya la kan...kita manusia biasa, kdg2 kita akan rasa gerama gak dgn sahabat2 kita...

Kita slalu cakap bab ukhuwwah, tapi sbnrnya sampai tahap mana kita paham apa itu ukhuwwah...ntah la, definasi yg berbeza, akan membawa pada interpretasi yg berbeza dalam kehidupan bersahabat..Cuma kami rasa,benda yg penting, kita kna ada rasa percaya n hormat serta cuba memahami sahabat kita. Dan kami setuju, bilamana kita dok skali dgn sahabat2 kita n byk bermusafir dgn sahabat kita, kita sbnrnya akan lbh memahami dirinya secara tak langsung..Taaruf mulut tu simple sgt ukurannya...


~hikmah kembara,mengenalkan kita dgn seorg SAHABAT~

Pengalaman hampir 3 taun dok umah sewa (yg berbeza pada setiap taunnya) mengenalkan kami dgn ragam manusia yg pelbagai. Ya, ada yg kita tak bleh trima, tp kita sbg shbt, kna telus andai kata ada sesuatu penambah baikkan boleh dibuat oleh shbt kita. Tp kdg2 gagal jugak mengawal diri, sbb tiap org ada prinsip sendiri, sometimes we are not 'compatible' with each other...Tapi kalo masih mampu tersenyum n bertegur sekadarnya, kami rasa kira berjaya jugak la, tak parah mana...

so, apa relation dgn TUHANKU MAHA BEST pulak kan?? Bukan pa, since macam2 yg jd dalam hidup recently, yg kdg2 made me feedup with all people around me (coz of lot of expectation to reach), suddenly i think of something...YA ALLAH, ENGKAU YANG MAHA AGUNG, ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI...ENGKAU LEBIH MENGETAHUI, SUKARNYA HIDUP ANDAI PENILAIAN MANUSIA YANG MENJADI TARUHAN, MENJADI KAYU UKUR KEHIDUPAN KAMI DI DUNIA INI..BENARLAH KATA2 MU YA ALLAH,HANYA SANYA ENGKAU SAJA YG BERHAK MENILAI KAMI...BUKAN MANUSIA, MAKHLUK MU YANG PENUH NODA DAN DOSA....

Lapang rasanya bila pikiaq macam tu..tu la, masalahnya, kita slalu biar diri kita dinilai org sewenang2nya (i don't mind if they really understand, but the truth is they no nothing, ZEROOO...)..aPA LA Sgt penilaian manusia ni kan...yg penting, kita yakin dan percaya dgn apa yg kita buat...Betoila...penatnya nak melayan manusia yg tak pernah paham (sbnrnya mereka tak pernah CUBA UTK PAHAM)...

ALLAH lbh mengetahui siapa kita...Kalau ikut hati, mmg org baling taik, rasa nak baling taik balik kat depa..org bukak crita kita sampai jd fitnah (sbb ada org yg tak paham crita), rasa nak bukak pekung kat dada depa, biaq semua org tau siapa depa sbnqnya..apakah wajah sebenar di sebalik topeng primadona yg depa pakai...tu kalo ikut hati nafsu...tapi aku masih seorg muslim,yg didik oleh kedua org tuaku utk bersabar n percaya tentang hukum alam...wat u give, u get back...moga2 insan2 yg TIDAK PERNAH CUBA UTK MEMAHAMI itu, akan mendapat petunjuk dari ALLAH, bukan mendapat balasan dari perbuatan mereka...

Aku masih waras,masih punya iman...Tak rela kugadaikan keimananku hanya kerana kata2 nista manusia disekeliling..Tapi igtlah, aku hanya manusia biasa..kesabaran aku ada hadnya...andainya letusan gunung berapi yg kau cari, insyaAllah, kau akan temui, kalu itu yg kau mahu...Tapi harapanku, moga ALLAH masih memberiku sedikit kesabaran, agar aku tak marah kerana hal peribadi, yg sumbernya syaitan...Kalo tak, aku termasuk golongan yg rugi...

Maaf la, kalo ada yg membaca entry ni...moga ada iktibar yg bleh diambil..langkah kita masih jauh..jgn rencatkan perjuangan ini hanya dgn sedikit ketidak fahaman dan penilaian kita pada sahabat2 kita...Ukhuwwah bukan hanya di bibir, tapi pada tingkah laku dan penghayatan erti sebenar persahabatn itu...

~tak sungguh, tak kata~


wallahu'alam...


LemonGrass
Biochem Lab
Faculty of Engineering

Friday, July 10, 2009

Principle of learning..No 1-STUPID b4 clever




Salam...

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan utk menjadi seorg hamba di muka bumi ini..

Skrg kat lab, tgh tunggu boss baru, tunggu keja apa yg kna buat..betoi la, penantian itu satu penyeksaan..sbb slalu kami ke'bz'an (pnjm ayat kama) dgn lab work..everyday tau wat i need n have to do. So, kiranya skrg mcm patah kaki la, tak dak arah tujuan. Nak lepak kat tmpt len, takut kna panggil lak...so, lepak ja la kat sini..

Hmm.....ok, now wat?? actually i'm not the right person to talk bout this. But wif everything happen around me(and to me also), i think there's a need for me to discuss sorg2 bout this topic...


~Stupid is not a crime,but a gift (bleh ke pikir camtu??)~



Ok, starting from me, this week was the first week for me as RA for en. Asri..so, he asked me to conduct an experiment regarding ultrasonic and oxydation..The problem occured when i was to suck the sample using da pipe...oh no..then only i realize that i actually don't know how to use it( the pump la, not da pipet)...then termalu2 sendirian dgn en. asri coz pada awainya tak tanya dia..bajet bagus ja..padan muka sendiri...

Well, i'm sure that all of us have experience the same things rite? Sometimes, bajet bagus, bajet pandai is a good thing to do, but on certain cases, we need to learn to understand, to be clever, to have the right view on it..Problem dgn kita is that, kita tend to bersikap egoistik dalam mencari ilmu..Bai, u have to throw all those rubbish feeling to gain ilmu...put aside all ur ego, shyness(ada ka word ni..huhu..), and prasan bagus yg ada dalam diri..

Bai, being stupid is not a crime...not a handicap..but actually it is a way for us to improve..that's why, it depends on us, the way we look things...tu la, bila dah keja ni, my view was wider. Dolu2, bila nak grad, pikir pasai keja, kecut gila perut...camna la nak jadi boss utk pak cik2 n mak cik2 yg dah byk pengalaman even though dia blajaq takat dip..adus...jenuh gak pikiaq..tapi mmg la, tera nak pandai, kna la bodoh dulu..tapi kita la kna lawan kebodohan itu dgn belajar..

Masalahnya, malu tak kna gaya (ni bahasa my mom..bahasa betui, tak kna tmpt)..bila namanya nak blajaq, jgn la ego..itu bodoh sombong namanya..dah la bodoh, sombong lak tuh...merosakkan diri sendiri satu hal, kalo rosakkan org lain sama, dah jd crita len kan...tu bab ego, bab malu lak lagi satu masalah...amboi, bab ilmu pandai menjawab ' al haya' minal iman...'..oooo...masa lain tak reti nak malu pulak noo...ni la mslh kita...ada yg ego, ada lak yg terlalu rendah diri...sakit..sakit...camno nih?? bila nak improve diri..

Biarla org tau kita bodoh, agar process pembelajaran mudah berlaku..biaq la nampak bodoh sat utk ISLAM if that's what we need to learn..Cumanya jgn dok pikiaq kata kita bodoh sampai tak mau buat apa...

Ingatlah, dari mana asal kita..yg membezakan seseorg manusia pada ketakwaannya..bukan byknya amalan yg dihitung, tetapi sebaik2 amalan..itu yg terbaik...kalo byk amalan, tapi semua pon kureng ja, layak ka masuk syurga ALLAH...lagi satu,jgn la underestimate org sgt...apa, hebat sgt ka kalo ko tu budak skolah agama, blajaq pondok, anak peguam, anak Menteri dsb?? Igt hina ka org tak dak pangkat ni?? Pastu, teruk sgt ka nak blajaq dgn muslimat nih? Ni lagi satu isu yg kami agak geram bila pikir...To all the muslimin out there, please la...lower ur ego when we are to talk bout something u don't know n understand...kami tak penah pandang rendah kat anda semua, bahkan kami slalunya akan tabik spring pada anda2 yg eager to learn even from muslimat..we don't even seen all of u as lemah..

Come on, let us create a better world, a better bond. Put aside all those ego if u really said that ' ur live, ur soul, all for ISLAM...' Show to the world, that we are the real mujahidin fi sabilillah...sediakan diri utk berubah agar laluan kemenangan menjadi lbh mudah...mengambil kata2 dari blog saudara azlan zainal..'Kebodohan hanya boleh diajar dan keangkuhan hanya boleh dicabar'.. Kalo kamu bodoh, it will be my pleasure to teach u, but if not, prepare for me to challenge u...i'll not gonna let u go...ala...tak rugi buang ego kerana ISLAM...

~Looking for a better tomorrow~

Wallahu'alam...

p/s: esok stat kuliah, nervousnya..dah lama tak mngaji..huhu...

-LemonGrass-
Biochem Lab
Faculty of Engineering