CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 25, 2009

Doesn't we deserved a 2nd chances????

Salam....

hmm...today punya posting more to expression of what i feel...suddenly i think of are we not deserved a second chance in our life?? I think of it as i past hardnest and pain and also suffer in my journey to be a better person. I regret my degree (of course la it was my false kan). i wish for better result, but what i got, not exactly as what i wish for before entering this university. Rite now, i feel very depress (thought that u know from the color of my text). I want to tebus my kekecewaan by doing great in master. But the way look hard, and i feel far yet close. Feel hard, yet easy. I really don't know. All the things was going upside down. I wanna cry, yet feel terrible. i'm not a weak person and don't want to be one of it.
Well, in almost cases, i'm not a person who like to give second chances to anybody except for those who i think deserved. Betulla, what u give, u get back...Tau tak sbb apa saya tak suka bagi 2nd chance kat org? sbb saya takut kecewa lagi skali. Saya dah slalu rasa macam tu, especially oleh org2 yg rapat dgn saya. Perit tau perasaan tu....That's why i make a very tall wall as one person who i trust break it. i don't want same things happen again.
in this case, tak dak la pulak sapa yg dah menghilangkan kepercayaan saya kat org. tapi mungkin saya yg membuatkan mereka fikir byk kali..(dalam kes ni lecturer la, sbb di kalangan kwn2, saya insyaAllah bleh dipercayai)...
Ntah la, rasa macam nak putus asa lak bila nak mintak org jd referee utk sambung master pon, macam susah. Tu la, sapa suruh masa degree tak baik dgn lecturer, result pon kureng. bila buat final year projek, dah bikin masalah...lagi la susah...ntah la...
Saya doakan yg terbaik je la....Moga ALLAH bagi kekuatan utk diri ini mengharungi segala2nya...

Wassalam....

-LemonGrass-
Analytical Lab
Faculty of engineering
UPM

Wednesday, March 18, 2009

kehidupan di lab...part 1


Salam....

Saja nak crita kehidupan di dalam lab KKA,fak kejut,upm...Kehidupan yg hampir sama dilalui saban hari. Run TGA,GC and bomb calorimeter. Sehingga menjadikan diri ini agak 'expert' nak guna 3 benda ni...TQ to tok guru yg amat berjasa, tentunya UmmuThoriq and UmmuHanzalah...hehehe....
Sat kat atas, sat kat bawah. Tu tak t'masuk perasaan kepenatan dan dehydrated gila bila hari panas. Tapi perasaan puas tu tak tau nak habaq macam mana. Mungkin sbb kita bersungguh, ikhlas(harap2 la, ALLAH yg paling berhak menilai,kan..), rezeki tu yakin dari sumber yg halal and tentunya environment tempat keja yg best!!! Cuba bayangkan, masuk keje kul 8(tapi kdg2 terlewat la 2,3 or 4 minit) n balik normally hamper waktu tayangan SpaQ..letih tapi puas hati...
MMg dah jatuh cinta kat lab envi n analytical. sbb tu la tmpt lepak slalu..siap org cakap kami ada pejabat sndri la..hihi...
tak kesah...tu tak termasuk curiousity org yg lalu lalang berhampiran dgn my workstation..i'm just sitting there and they thought of what am i doing there, looking at the Hp n one equipment. they thought that i just sat there, doing nothing. and having opportunity to ask me, i explained bout what i'm doing..so, kecelaruan dan pertanyaan mereka telah terjawab...hehehe...
Tu baru bab org punya curiosity, tak masuk bab alat yg merajuk lagi..
nama dia TGA ....Dia ni jantan la kot...asal org len guna (especially foreigner), dia tak mau function. bila kami p tgk depa run TGA, ok la..amboi, alat pon nak bermanja ka...Rasanya, kalo dapat apply jd technician pon orait gak. Dah mmg slalu main dgn alat2 tu. Tapi sbnrnya utk sampai ke tahap ni, Ummuthoriq n my housemate ja yg tahu brapa byk airmata n duit(sbb rosakkan brg2..besalah giler rasa kat ummuhanzalah) dah mengalir..huhu...
Overall, kehidupan kat lab not as bad as some person might think(include my current roomate). As long as we ourselves enjoy it, it's gonna be ok, rite!
For me, i like lab, especially at fak kejut.dah rasa macam fak seniri dah...
Hari ni punya posting mmg nak cakap pasal alat ja..nanti kita cakap pasal boss kami lak ek..a very interesting, full of inspiration, tough and taught me a lot!(termasuk resepi brownies kegemaran kami,i'll try once i go back to my hometown..^_^)
So,life goes on,it's us to make it into history or a lame story...
As the journey begins till it ends....(gambar di atas adalah replika Gc...)

Wallahu'alam....

-LemonGrass-
Level 6,Dept of Environmental and Chemical Engineering
Faculty of Engineering
UPM....

Sunday, March 15, 2009

5 tahun 5 bulan???


Salam...
hehehhe....dalam reading mood nih. Smlm dah khatam novel Hlovate sebijik, sampai tak tidoq. 5 tahun 5 bulan. Ni kira nak buat review pasal buku tu ckt.
Take place around KL, UK and Perak. Bout Johanna yg independent,smart n 'kureng' mempercayai seorg lelaki(except bapak dia la,tp dlm bab cintun la). Apa yg menarik, aku belajar tentang kehidupan. Sesuai utk bacaan umu, takdak adegan2 geli geleman mcm dlm novel2 cintun picisan yg ada dipasaran. Bagaimana dia cuba menjaga diri sbg muslimah, menjadi anak,kawan and of course hamba ALLAH terbaik. Cerita kegigihan dia belajar di perantauan tiba2 membuatkan perasaan aku utk sambung ke peringkat yg lebih tinggi membuak2. Tapi gi mana ya?? aku buntu la ni..
ni kiranya jadi blog luahan prasaan la pulak kan. takpa, bukan ada org nak follow pon. Menulis utk diri sendiri..hehehhe....
Berbalik kpd novel tu, wanna share something yg slalu kita ulang2, tapi kdg2 kita lupa, dek hambatan kerja dan masa yg kesuntukan, 'Dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang' , ' Cukuplah ALLAH sbg pelindungku' and ' Selepas tiap kesukaran ada kesenangan'. Ni semua petikan ayat dari beberapa surah.. Moga kebergantungan kita pada ALLAH tidak terhenti sekadar ini. Sebab dia yg lebih mengetahui dan MAHA MENDENGAR tiap rintihan dan luahan hati kita..kan.....

Wallahu'alam....

-LemonGrass-

Friday, March 13, 2009

Biusan atau bisulan cinta????

Salam...
Setelah sekian lama, berpeluang jugak utk meng'update' blog ni..Hmm...sbnrnya, tak tau la pulak sapa yg nak baca kan..tapi gasak la...ada aku kesah??? Tiada...
Sebenarnya agak terpanggil utk menulis perihal 'bisulan' cinta ni...bila sebut bius, macam sedap ja bunyi n rasa. kalau sebut bisul, rasa macam perit la pulak kan...Heran, sbb ramai sgt kena bisulan cinta yg makin bernanah dan membusuk ni.. Tak kira la dia tu tudung labuh ka, tudung wardina ka, rambut maya karin ka, lebai raihan ka, lebai hijjaz ka, cap nike ka, n segala macam mak nenek la...Mungkin agak kasar bahasa yg saya gunakan ni, tapi kalo guna bahasa jiwang, makin terbual la pulak sang PemBisul2 sekalian itu...
Ntah la, kdg2 kesian, gunakan agama utk kepentingan diri, biaq org nampak depa betul. walhal, itulah ajaran yg sesat lagi menyesatkan...nauzubillah, moga tak termasuk dalam golongan ini...
Bukanlah saya ini penentang fitrah yg satu itu, yg ALLAH kurniakan sebagai salah satu nikmat sebenarnya utk kita, hambaNYA di muka bumi ni...
Tapi masalahnya, bila kita menginterpritasikan makna dan kewujudannya dalam bentuk yg salah, celaru dan kelabu, malah mungkin hitam pekat....
Tidak bersalah mencintai dan dicintai, tapi jgn sampai kita membelakangkan segala2 yg kita pertahankan selama ini hanya ATAS NAMA CINTA....
Jgn berselindung disebalik cinta ALLAH yg MAHA KUDUS...Kelak jawablah dihadapanNYA...
Renung2kan.....

-LemonGrass-

Thursday, August 28, 2008

Semangat Ramadhan...



SALAM...
Ramadhan datang lagi...
InsyaAllah, moga Ramadhan kali ini, memberi seribu, sejuta rahmat kepada kita..
Cuba menjadi manusia lebih baik..
Jom bertadarus dan bertahajud!!!!

pengalaman bekerja....

salam...
Atas keprihatinan sorg shbt, ana cuba utk kembali menulis. Ketiadaan laptop kesayangan telah membataskan dan membantutkan minat ana yang satu ni. Mungkin tak ramai yg tau, ana suka menulis, tapi hanya utk diri sendiri je sbnrnya..cuma shbt paling baik ana kat upm ja tau. Sebenarnya hanya sekadar nak berkongsi, hampir 3 bulan ana bekerja (RA ja pon). Tp dalam 3 bulan ni, rasa mcm penat, marah, tensen etc prasaan lagi melanda. MMg suasana kerja lain dgn masa study. Letih2 study pon, kdg2 kita ada cara utk release. B'uzlah utk mencari ketenangan, merempit ntah ke mana2, bincang dgn kawan..tu antara solution yg ana penah buat. Agak berkesan especially merempit...Sambil2 tu muhasabah diri sikit atas moto. Tpi bila kerja ni, macam tak tau nak buat macam mana. Sebab setiap hari kita akan hadapi suasana yang sama. Tak dpt lari. Balik slalu ana tido awal sbb letih dgn mslh kat opis. bukan buat keja sgt, tapi letih dgn masalah manusia sekeliling. Ujung bulan, kna pikir bab gaji lak. kdg2 tak cukup la. nak mintak kat parents, mmg tak patut la. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki, jadi cikgu kat PAKsi, menambahkan pendapatan ana. Ada keinginan utk masuk bidang biz, tapi tak ahli lak.. suasana kerja sgt memeningkan. ana tabik org yang boleh istiqamah dalam perjuangan ni dan dalam masa sama bekerja, bukan kerja besa2 tapi besaq or even kerja kerajaan. ana pon kalo bukan dok dgn sahabat2 kat area serdang ni, pancit jugak rasanya..Ntah la, kalo nak layan masalah kat tempat kerja mmg penat la.. baru nampak dgn nyata mslh masyarakat kita. bab solat, pergaulan, fardhu ain etc.. takut lak tiba2.. ana rasa kalo ana sorg kat sini, tak kuat mmg hanyut la. nak adapt dgn org, last2 kita yang masyuk...Tapi alhamdulillah, ana masih diberikan kekuatan..Baru terasa betapa besar nikmat yang Allah berikan. Allah pilih ana, bukan org len...-BrOwNies 08'-

Friday, June 6, 2008

nilai setitis minyak.......

salam... menghabiskan sisa2 cuti yang b'baki kat kg halaman. hari ni baru b'kesempatan nak tulis something lps brapa hari tak dapat nak update blog ni...kenaikan harga minyak secara mendadak amat dirasai terutamanya pada semua pengguna kenderaan. tu dah satu hal. bila minyak naik, semua benda pon naik...pakat amik kesempatan. kerajaan bagi macam2 saranan kat rakyat utk kurg bebanan harga minyak + brg yang naik mendadak. enforcement pon ada buat. kat tv kuar macam2 cara, cara hidup yang sederhana la, tak bazir la, itu, ini dan macam2 lagi saranan. tak ka heran, bila rakyat diminta kurgkan segala2nya dalam kehidupan harian mereka, apa yangpemimpin2 dan wakil2 rakyat yang memegang tampok kepimpinan negara buat??? ana baru t'pikir sesuatu, bila hampir 2 jam t'paksa queue nak isi minyak b4 midnight. apa yang YB2 sekalina rasa bila tgk rakyat macam ni?? t'paksa b'susah payah kerana minyak. depa mana rasa apa yang rakyat biasa rasa...awat depa tak kurgkan keistimewaan depa gak?? elaun tu, elaun ni yang m'bazir n tak munasabah.. rasa sedih n geram gak, pandai depa cakap macam2, tapi rakyat yang menderita. bukan menulis atas nama pembangkang, tapi luahan hati seorg rakyat jelata yang biasa. ntah la, t'igt kisah yang pernah dibaca, bila lagi byk harta kita, lagi lambat kita masuk syurga sbb lambat kita dihisab... agak pernah dak t'lintas difikiran mereka2 ini nilai setitis minyak pada rakyat biasa. agak2 macam mana la keadaan depa kalo depa kat tempat kita.sekadar renungan, kita selalu diatas, bila diatas, jgn lupa saat kita akan jatuh ke bawah........