CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 28, 2008

Semangat Ramadhan...



SALAM...
Ramadhan datang lagi...
InsyaAllah, moga Ramadhan kali ini, memberi seribu, sejuta rahmat kepada kita..
Cuba menjadi manusia lebih baik..
Jom bertadarus dan bertahajud!!!!

pengalaman bekerja....

salam...
Atas keprihatinan sorg shbt, ana cuba utk kembali menulis. Ketiadaan laptop kesayangan telah membataskan dan membantutkan minat ana yang satu ni. Mungkin tak ramai yg tau, ana suka menulis, tapi hanya utk diri sendiri je sbnrnya..cuma shbt paling baik ana kat upm ja tau. Sebenarnya hanya sekadar nak berkongsi, hampir 3 bulan ana bekerja (RA ja pon). Tp dalam 3 bulan ni, rasa mcm penat, marah, tensen etc prasaan lagi melanda. MMg suasana kerja lain dgn masa study. Letih2 study pon, kdg2 kita ada cara utk release. B'uzlah utk mencari ketenangan, merempit ntah ke mana2, bincang dgn kawan..tu antara solution yg ana penah buat. Agak berkesan especially merempit...Sambil2 tu muhasabah diri sikit atas moto. Tpi bila kerja ni, macam tak tau nak buat macam mana. Sebab setiap hari kita akan hadapi suasana yang sama. Tak dpt lari. Balik slalu ana tido awal sbb letih dgn mslh kat opis. bukan buat keja sgt, tapi letih dgn masalah manusia sekeliling. Ujung bulan, kna pikir bab gaji lak. kdg2 tak cukup la. nak mintak kat parents, mmg tak patut la. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki, jadi cikgu kat PAKsi, menambahkan pendapatan ana. Ada keinginan utk masuk bidang biz, tapi tak ahli lak.. suasana kerja sgt memeningkan. ana tabik org yang boleh istiqamah dalam perjuangan ni dan dalam masa sama bekerja, bukan kerja besa2 tapi besaq or even kerja kerajaan. ana pon kalo bukan dok dgn sahabat2 kat area serdang ni, pancit jugak rasanya..Ntah la, kalo nak layan masalah kat tempat kerja mmg penat la.. baru nampak dgn nyata mslh masyarakat kita. bab solat, pergaulan, fardhu ain etc.. takut lak tiba2.. ana rasa kalo ana sorg kat sini, tak kuat mmg hanyut la. nak adapt dgn org, last2 kita yang masyuk...Tapi alhamdulillah, ana masih diberikan kekuatan..Baru terasa betapa besar nikmat yang Allah berikan. Allah pilih ana, bukan org len...-BrOwNies 08'-

Friday, June 6, 2008

nilai setitis minyak.......

salam... menghabiskan sisa2 cuti yang b'baki kat kg halaman. hari ni baru b'kesempatan nak tulis something lps brapa hari tak dapat nak update blog ni...kenaikan harga minyak secara mendadak amat dirasai terutamanya pada semua pengguna kenderaan. tu dah satu hal. bila minyak naik, semua benda pon naik...pakat amik kesempatan. kerajaan bagi macam2 saranan kat rakyat utk kurg bebanan harga minyak + brg yang naik mendadak. enforcement pon ada buat. kat tv kuar macam2 cara, cara hidup yang sederhana la, tak bazir la, itu, ini dan macam2 lagi saranan. tak ka heran, bila rakyat diminta kurgkan segala2nya dalam kehidupan harian mereka, apa yangpemimpin2 dan wakil2 rakyat yang memegang tampok kepimpinan negara buat??? ana baru t'pikir sesuatu, bila hampir 2 jam t'paksa queue nak isi minyak b4 midnight. apa yang YB2 sekalina rasa bila tgk rakyat macam ni?? t'paksa b'susah payah kerana minyak. depa mana rasa apa yang rakyat biasa rasa...awat depa tak kurgkan keistimewaan depa gak?? elaun tu, elaun ni yang m'bazir n tak munasabah.. rasa sedih n geram gak, pandai depa cakap macam2, tapi rakyat yang menderita. bukan menulis atas nama pembangkang, tapi luahan hati seorg rakyat jelata yang biasa. ntah la, t'igt kisah yang pernah dibaca, bila lagi byk harta kita, lagi lambat kita masuk syurga sbb lambat kita dihisab... agak pernah dak t'lintas difikiran mereka2 ini nilai setitis minyak pada rakyat biasa. agak2 macam mana la keadaan depa kalo depa kat tempat kita.sekadar renungan, kita selalu diatas, bila diatas, jgn lupa saat kita akan jatuh ke bawah........

Wednesday, May 21, 2008

kilat + ujan + kematian

salam....
ni kali pertama BrOwNies sent post..mungkin sesuatu yg nak big B kongsi dgn shbt2... tadi ana b'kesempatan makan tghari kat umah sedara sahabat ana, ( besala, nak jimat budget,beras kan mahai)..So kami pon pi la, makan sampai kenyang gila. Dapat lak sambai belacan, my peveret..hehe...bila nak balik, ujan lbt..ada hamba Allah kata 'lalu ja tu'. kami pon dgn penuh tawakkal, redah la ujan. mungkin pengalaman semasa ditarbiyah dgn shbt2 byk bantu ana. yang tak tahan, sampai dkt ampang, ujan tak b'henti2 lagi..lebat gila...dgn angin, kilat...siap muhasabah lagi atas moto...kalau la aku mati saat ni...dah la bawak anak org..kalo dalam kuboq camna la...saat kna soal dgn malaikat maut...astagfirullah...ana blum b'sedia utk menghadapi detik kematian...benda yang kecik dan simple, tapi bagi ana bagi kesan yang sgt besaq... lagi satu...ana mula menghargai satu nikmat yang Allah bagi..nikmat ada lemak...hehe...kerana nikmat yang satu tu, ana b'jaya menahan kesejukan yang sgt hebat tadi...satu kelebihan yang jarang ana syukuri.....so, syukurila nikmat yang Allah bagi, dari sekecik2 benda, sampai sebesaq2 benda...jgn sampai kita menyesal saat Allah tarik nikmat itu......Sekadar satu lontaran utk difikirkan bersama...sambil makan2 brownies..............

Thursday, May 15, 2008


Apa erti tangisan ini??
Jenis-jenis air mataJunjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”……seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”Berkata Salman Al Faarisi r.aAku di buat menangis atas 3 perkara jua :1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.2) Menangis kerana rasa takut.3) Menangis kerana cinta.4) Menangis kerana gembira.5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.6) Menangis kerana terlalu sedih.7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.Tangis yang tercela dan terpujiAda tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.Air mata yang tidak di tuntutJanganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.Tangisan yang memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”Air mata taubat Nabi Adam a.sNabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,”Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”Dari itu……..Simpanlah air mata-air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.cdt:the gravediggers anonymous & those beautiful hourisSucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,…..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”